LONDON 29 Ogos – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mencetuskan kemarahan dalam kalangan ahli Parlimen dan penyokong pro-Eropah yang membantah Brexit tanpa perjanjian apabila memaksa penggantungan Parlimen beberapa minggu sebelum tarikh akhir negara ini berpisah dari Kesatuan Eropah (EU). Langkah Johnson mengakibatkan mata wang pound menjunam berikutan berita mengejutkan itu yang disifatkan pembangkang sebagai ‘rampasan kuasa’ dan ‘pengisytiharan perang’. Namun Perdana Menteri mendakwa tindakan tersebut perlu bagi membolehkannya meneruskan agenda…










