SAUDARA PENGARANG,BARU-BARU ini Kerajaan Pusat mengumumkan proses perolehan dan perbelanjaan fasa pertama projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak sebanyak RM350 juta akan disegerakan sebaik sahaja kerajaan negeri membayar hutang mereka. Menurut satu kenyataan, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyatakan kesediaan untuk menyalurkan bayaran balik pinjaman fasa pertama sebanyak RM350 juta dalam tempoh terdekat. Selepas kerajaan Sarawak melangsaikan hutang berkenaan, barulah tindakan susulan akan dimuktamadkan…










