Dua lelaki tangkap ikan secara haram ditahan Maritim Malaysia - Utusan Malaysia

Dua lelaki tangkap ikan secara haram ditahan Maritim Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR – Dua lelaki ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas dipercayai menangkap ikan secara haram menggunakan bot pukat rawa surong semalam. 

Pemangku Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Leftenan Maritim Safril Aza Mustapa berkata, dua lelaki masing-masing berusia 19 dan 27 tahun itu ditahan pada kedudukan 2.5 batu nautika barat laut Pulau Pasir Hitam, berhampiran Bagan Panchor, Taiping kira-kira pada pukul 11.00 malam.

“Bot bersama tekong dan awak-awak tempatan itu ditahan ketika mereka sedang leka menangkap ikan secara haram di perairan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan mendapati bot yang digunakan tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran serta tidak mempunyai sebarang lesen menangkap ikan yang sah dari Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Safril Aza, dua nelayan dan bot mereka kemudiannya dibawa ke jeti pengkalan untuk tindakan lanjut.

“Mereka bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

“Bot bersama peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM30,000 itu pula disita,” katanya.

Katanya, kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini