Dua lelaki cedera ketika selamatkan diri - Utusan Malaysia

Dua lelaki cedera ketika selamatkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 1 Ogos – Dua lelaki cedera ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah di Kampung Tanjung Batu Tengah di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kedua-dua mangsa yang berusia 30-an cedera di tangan selepas terkena serpihan kaca ketika menyelamatkan diri.

Pegawai Kanan I Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Faisal Ahmad ketika ditemui berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada pukul 8.28 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, kebakaran itu memusnahkan empat rumah manakala lima rumah lain berjaya diselamatkan 20 anggota bomba yang tiba di lokasi pada pukul 8.41 malam.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” jelasnya.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini