PUTRAJAYA 2 Ogos – Felcra akan mengagihkan dividen keuntungan berjumlah RM27.58 juta kepada 46,922 pesertanya di seluruh negara. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bagi agihan keuntungan interim 1/2019, Felcra memperuntukkan 70 peratus daripada jumlah keuntungan hasil ladang bagi tempoh Januari hingga April lalu untuk diagihkan kepada peserta yang terlibat. Baki 30 peratus pula kata beliau, akan diagih bersekali dengan bayaran agihan keuntungan akhir pada April…










