KUALA LUMPUR 2 Ogos- Seorang lelaki ditemukan mati di sebuah rumah pekerja di Jalan Rock, Taman Bong Chin, Kuching, Sarawak, hari ini. Portal Utusan Borneo melaporkan, mayat mangsa berusia 21 tahun yang berasal dari Kampung Moyan Ledang, Asajaya itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh rakannya kira-kira pukul 4.30 pagi. Difahamkan, mangsa putus cinta berdasarkan catatan aplikasi WhatsApp dalam telefon bimbitnya. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani…










