SELANG beberapa hari lalu, kita dikhabarkan dengan berita satu usul pindaan Perkara 119 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan iaitu untuk memberikan hak mengundi kepada warganegara dengan menurunkan had umur daripada 21 tahun ke atas kepada 18 tahun ke atas. Usul ini telah mendapat sokongan 211 Ahli Dewan Rakyat iaitu lebih daripada 2/3 daripada anggota dewan sebagaimana yang dituntut dalam membuat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini merupakan usaha murni kerajaan dengan…










