DBKL sita sembilan gerai tepi jalan tidak berlesen - Utusan Malaysia

DBKL sita sembilan gerai tepi jalan tidak berlesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sembilan gerai tidak berlesen dalam Operasi Tegas di Jalan AU2B Setiawangsa, Jalan Gombak dan Jalan 1/48A Sentul, di sini semalam.

DBKL dalam kenyataan di sini hari ini berkata, operasi bersepadu itu melibatkan kesalahan halangan tred di tempat awam, penjaja tanpa lesen dan penglibatan warga asing di dalam aktiviti perniagaan.

“Sebanyak sembilan tindakan sita atau pindah halangan pelbagai barangan perniagaan diambil di bawah UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan di bawah Seksyen 46 (1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam operasi ini juga, seorang lelaki ditahan berkaitan kes penjualan 1,216 batang rokok serta rampasan terhadap rokok keretek yang diniagakan tanpa kelulusan cukai,” katanya.

Operasi bersepadu itu turut disertai Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini