PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah menyatakan pendirian bahawa Dr. Zakir Naik tidak akan diekstradisi ke India dan kenyataan tersebut dianggap sebagai dasar kerajaan. Begitu jua dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador telah pun memberi nasihat supaya Zakir tidak lagi memberi ceramah kepada umum demi meredakan keadaan. Malah beberapa ahli politik seperti Syed Saddiq Abdul Rahman dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mempunyai pandangan…










