KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Ervin Boban ingin memastikan saingan Challenge Cup terus menjadi landasan terbaik untuk menguji kualiti pemain-pemain muda bagi memastikan prestasi mereka sentiasa di tahap terbaik sebelum melangkah ke fasa lebih tinggi. Jelasnya, Challenge Cup adalah pentas cukup penting buat JDT II yang memiliki ramai pemain muda untuk diketengahkan kerana ia saingan kompetitif selain beraksi di Liga Perdana. “Semua orang tahu…










