KUALA LUMPUR 29 Ogos – Bursa Malaysia melantun semula untuk dibuka tinggi hari ini mendapat rangsangan daripada kekukuhan di Wall Street dalam dagangan semalaman. Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 2.8 mata kepada 1,592.62 selepas dibuka 3.54 mata lebih tinggi kepada 1,593.63 berbanding paras penutup 1,589.82 pada Rabu. Seorang peniaga berkata, pasaran saham Amerika Syarikat meningkat semula dengan Dow Jones, S(amp)P 500 dan Nasdaq masing-masing naik satu peratus,…










