KUALA LUMPUR 1 Ogos – Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai. BNM dalam kenyataan hari ini berkata syiling peringatan itu telah dipersembahkan kepada Sultan Abdullah oleh gabenor Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus pada 26 Julai di Istana Negara. “Duit syiling peringatan emas ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan…










