NAMPAKNYA isu peralihan kuasa antara Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum selesai walaupun Awang secara peribadi melihat kedua-dua pemimpin itu ‘agak rimas’ dengan perkara itu. Oleh itu Awang berharap dengan kenyataan Perdana Menteri semalam bahawa beliau akan berundur apabila mendapati keadaan dalam negara sudah licin dan lancar serta sudah boleh maju akan menamatkan polemik mengenai perkara berkenaan. Cukup-cukuplah membuat kenyataan politik berhubung isu peralihan kuasa.…










