THE HAGUE 1 Ogos – Kerajaan Belanda melarang pemakaian penutup muka seperti burqa atau niqab di bangunan awam dan pengangkutan berkuatkuasa hari ini. Dilaporkan, antara 200 hingga 400 wanita memakai burqa atau niqab di negara berkenaan. Undang-undang mengharamkan pemakaian penutup muka di bangunan awam telah diluluskan pada Jun 2018 selepas lebih sedekad isu tersebut diperdebatkan. “Bermula hari ini, pemakaian penutup muka dilarang di fasiliti pendidikan, institusi awam dan bangunan serta…









