Bank Islam duduki tempat teratas - Utusan Malaysia

Bank Islam duduki tempat teratas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Anak syarikat milik penuh BIMB Holdings Bhd., Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam), menduduki kedudukan ter­atas dalam jadual liga Sukuk Global Bloomberg pada separuh pertama tahun ini setelah berjaya mengatur beberapa perjanjian utama yang menjana sukuk berjumlah AS$5.15 bilion (RM21.02 bilion).

Pengerusi BIMB Hol­dings Berhad, Tan Sri Ambrin Buang berkata, Bank Islam turut mendahului dalam jadual liga Pasaran Modal Malaysia Bloomberg dalam kategori Terbitan Bon Malaysia dan Sukuk Ringgit Malaysia pada separuh pertama tahun ini.

Katanya, sehingga 30 Jun 2019, penguasaan pasarannya dalam Bon Malaysia dan Sukuk Ringgit Malaysia ma­sing-masing berada pada ­kadar 34.71 peratus dan 38.28 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami amat berbangga dengan pencapaian anak-anak syarikat kami. Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada semua pihak berkepentingan kerana pencapaian penting ini tidak mungkin dicapai tanpa kepercayaan dan sokongan daripada mereka.

“Kami akan terus berusaha dan menyampaikan penyelesaian kewangan kepada pe­langgan, bukan sahaja di pasaran modal Islam tetapi juga dalam kewangan Islam secara umum,” katanya dalam ke­nyataan di sini baru-baru ini.

Tambah Ambrin, BIMB Holdings Berhad turut di­pilih sebagai 20 finalis dalam Anugerah Membina Kepercayaan 2019 oleh PwC ­Malaysia.

“Pemilihan berkenaan dibuat berdasarkan kualiti Laporan Tahunan Bersepadu BIMB Holdings yang diban­dingkan dengan Rangka Kerja Majlis Pelaporan Bersepadu Antarabangsa (IIRC) serta ukuran persepsi amanah me­lalui penilaian terhadap kepercayaan kepemimpinan dan undi orang ramai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini