TBILISI 28 Ogos – Seorang atlet angkat berat dari Georgia, Giorgi Rostomashvili baru-baru ini mempamerkan kehebatannya apabila berjaya menarik sebuah bot seberat 200 tan dengan hanya menggunakan jari hantunya. Portal Odditycentral melaporkan, sebuah rakaman video yang tular memaparkan Rostomashvili sedang memegang tangga logam bagi menghalangnya daripada diseret masuk ke air selain membantu menarik bot `Tamara 2’ dengan menggunakan jari hantunya dalam kejadian di pelabuhan Batumi. Jelas laporan itu, video berdurasi 40 saat itu telah disunting dengan banyak malah tidak memaparkan seluruh aksi lagak berkenaan. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya