ALOR GAJAH – Seorang anggota polis wanita tidak sempat melangsungkan majlis pertunangan bersama pasangannya apabila motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di Paya Emas di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian pukul 3.08 pagi itu, mangsa, Mohamad Hazizee Mahmod, 24, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15Z meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Anggota polis terbabit, Konstabel Norshakira Bahar, 22, bagaimanapun mengalami luka…










