ALOR GAJAH 1 Ogos – Seorang anggota polis wanita cedera manakala rakan lelakinya maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) Paya Emas di sini awal pagi tadi. Kejadian berlaku pukul 3.08 pagi mengakibatkan Mohamad Hazizee Mahmod, 24, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15Z meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Bagaimanapun rakannya yang merupakan anggota polis,…










