KUALA LUMPUR – Anak panda gergasi kedua dari pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang diberi nama Yi Yi yang membawa maksud persahabatan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dalam satu Majlis Penamaan Anak Panda Gergasi Kedua di Zoo Negara hari ini. Menterinya, Dr. Xavier Jayakumar berkata, nama anak panda tersebut dicadangkan oleh Kerajaan Malaysia melalui KATS dan dipersetujui oleh Kerajaan Republik Rakyat China melalui China Wildlife…










