“BANG, ada pemetik api tak? Nak cucuk rokok.” Seorang kanak-kanak yang masih bersekolah rendah bersama kawannya menyapa penulis ketika menunggu bas untuk pulang ke kampung halaman. Itu kisah lama semasa penulis di tingkatan empat pada 2003. Tetapi itu sudah memberi bayangan bahawa merokok bukan untuk orang dewasa sahaja. Kanak-kanak juga sudah berani mencuba sebelum beralih menjadi perokok tegar apabila semakin meningkat umurnya. Jika pergi ke kedai menjual rokok, jelas tertera…










