Al-Sultan Abdullah turun kereta, tanya khabar mangsa kemalangan - Utusan Malaysia

Al-Sultan Abdullah turun kereta, tanya khabar mangsa kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Keperibadian berjiwa rakyat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah yang mengambil berat kesusahan rakyat dikongsikan oleh akaun media sosial Istana Negara hari ini.

Menerusi perkongsian dalam akaun Instagram Istana Negara, semasa dalam perjalanan untuk menghadiri satu program di Istana Negara, Seri Paduka turun dari kenderaan rasminya untuk bertanya khabar mangsa yang mengalami kemalangan jalan raya di ibu negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan video yang dikongsikan, kelihatan Seri Paduka diiringi beberapa pegawainya mendekati mangsa untuk bertanya khbar.

“Dalam perjalanan ke Program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi Seri Paduka untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim,” menurut keterangan video tersebut hari ini.

Seri Paduka kemudian meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja bagi merasmikan program Pameran Raja Kita.

Video itu ditonton lebih 16,000 kali selepas sejam dimuatnaik dalam akaun media sosial berkenaan.

Ramai warga maya yang menonton video tersebut memberikan respon ‘Daulat Tuanku’ dan terharu melihat apa yang berlaku.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini