Akan letak jawatan bila negara sudah stabil - Utusan Malaysia

Akan letak jawatan bila negara sudah stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan sekali lagi bahawa beliau hanya akan meletakkan jawatan apabila negara berada dalam keadaan stabil.

Dr. Mahathir berkata, tempoh untuk negara mencapai keadaan stabil mungkin memakan masa antara dua atau tiga tahun akan datang.

“Saya sudah beri jaminan yang saya akan meletakkan jawatan apabila saya dapati negara berada dalam keadaan stabil. Mungkin dua atau tiga tahun lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita masih berusaha ke arah itu,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat meja bulat bersama wakil dewan perniagaan antarabangsa di PICC, di sini hari ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini berkata, Dr. Mahathir harus memimpin negara sehingga ke akhir penggal.

Katanya, kepimpinan Dr. Mahathir diperlukan bagi memastikan usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat direalisasikan segera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini