KUALA LUMPUR 29 Ogos – Bagi memeriahkan lagi sambutan hari kemerdekaan negara dan hari Malaysia, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mengambil kesempatan menganjurkan program Semarak Merdeka AIM 2019. Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz berkata, program tersebut dianjurkan bagi menerapkan nilai-nilai kemerdekaan dan rasa cinta terhadap negara dalam kalangan kakitangannya. Ujar beliau, program tersebut bakal membabitkan penglibatan seluruh warga kerja AIM dan ekosistemnya dengan acara kemuncak adalah pelepasan konvoi AIM…










