DUNGUN 1 Ogos – Bapa kepada salah seorang daripada tiga pekerja resort yang dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tenggol di sini semalam, berharap jasad anaknya dapat ditemukan sekiranya ditakdirkan lelaki itu telah pergi meninggalkan keluarga. Abdul Rahim Endut, 54, berkata, tiada apa yang lebih diharapkan mereka melainkan untuk melihat jasad insan tersayang, Mohammad Hafiz Abdul Rahim, 22, buat kali terakhir. Katanya, kejadian yang menimpa anak keempatnya itu cukup mengejutkan keluarga…









