PUTRAJAYA 2 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar berangkat ke Masjid Putra di sini untuk menunaikan solat Jumaat. Keberangkatan Seri Paduka ke masjid itu yang terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah bersempena Khutbah Khas Pertabalan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Al-Sultan Abdullah berangkat tiba ke sini pada pukul 1.20 petang kemudian disambut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Yang hadir…










