Agong bantu mangsa kemalangan - Utusan Malaysia

Agong bantu mangsa kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila baginda berkenan mencemar duli berhenti untuk melihat keadaan mangsa kemalangan yang berlaku di jalan susur pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pagi tadi.

Perkara itu dikongsi melalui paparan laman Instagram Istana Negara kira-kira pukul 11.40 pagi dan ditonton lebih 100,000 kali dan mendapat 653 komen.

Menerusi paparan tersebut, Al-Sultan Abdullah dan anakanda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah turun daripada kenderaan rasmi untuk memeriksa keadaan pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan Seri Paduka Baginda yang disifatkan sebagai seorang raja berjiwa rakyat.

Seorang pengguna laman sosial itu, Sheilahassan berkata, sikap yang ditunjukkan oleh Seri Paduka Baginda amat terpuji serta turut mendoakan agar Al-Sultan Abdullah akan terus dirahmati.

“Allahuakbar, mulianya hati Tuanku. Ya Allah kau rahmatilah raja kami dan seluruh keturunannya, Amin,” tulisnya.

Seri Paduka Baginda kemudiannya dilaporkan meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita.

Pada 26 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong menarik perhatian rakyat apabila baginda membantu mangsa kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra-Kabinet di Putrajaya.

Sebelum itu, tular di media sosial apabila Seri Paduka Baginda mencemar duli berkunjung ke sebuah restoran makanan segera, KFC di Temerloh, Pahang mengejutkan pelanggan dan kakitangan restoran itu.

Tindakan Al-Sultan Abdullah dan juga Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang beratur dan membeli sendiri makanan di kaunter restoran menarik perhatian orang ramai yang berada di situ. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini