81 pencuri kenderaan, motosikal diberkas  - Utusan Malaysia

81 pencuri kenderaan, motosikal diberkas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seramai 81 pencuri kenderaan dan motosikal termasuk yang melakukannya secara solo berjaya diberkas di sekitar daerah ini menerusi Ops Lejang sepanjang tahun ini. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kesemua yang ditahan berusia 17 hingga 35 tahun dengan memfokuskan jenayah mereka di kawasan tempat letak awam, pusat beli-belah dan kawasan perumahan terutama pangsapuri.

Katanya, antara motosikal yang sering dicuri termasuk Honda EX5, Modenas dan Yamaha Y150.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka mencuri dengan mematahkan pemegang motosikal dan menggunakan allen key sebelum meleraikan bahagian-bahagian motosikal untuk dijual di pasaran gelap.

“Terdapat juga yang menjual sebuah motosikal di antara RM200 hingga 1,500,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan disiasat dibawah Sekseyn 379A Kanun Keseksaan manakala tiga daripada tangkapan tersebut dalam proses untuk diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Baharudin menambah, berdasarkan statistik 1 Januari sehingga semalam mendapati sebanyak 255 buah kenderaan motosikal dilaporkan hilang berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 478 kes dengan penurunan sebanyak 223 kes.

“Kita juga berjaya menumpaskan tiga geng utama curi kenderaan iaitu Geng Ford Ranger, Geng Jai Kancil dan Geng Suria Volkswagen yang masing-masing memfokuskan kepada kenderaan pacuan empat roda, Perodua Kancil dan Volkswagen.

“Hasil semakan mendapati  Geng Jai Kancil mempunyai 10 kes, Geng Ford Ranger (4) dan Geng Suria Volkswagen (2) di daerah ini,” katanya.

Jelas Baharudin, pihaknya turut merampas sebanyak 25 buah motosikal, kereta (12), lori (1) dan lima buah rangka motosikal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini