KOTA BHARU 29 Ogos – Kerajaan Pas Kelantan akan memperhalusi 75 resolusi yang dirumuskan dalam Kongres Sosioekonomi Kelantan 2019 untuk menambahbaik polisi dan pelan pembangunan strategik demi pembangunan serta kemakmuran negeri ini. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) yang juga Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata, sebahagian daripada resolusi yang meliputi tujuh sektor itu sudah terkandung dalam Pelan Strategik Kelantan Melangkah Ke Hadapan…










