KUALA LUMPUR 1 Ogos – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menerima kira-kira 52 permohonan pindaan butiran bagi menggugurkan bin atau binti dalam kad pengenalan sepanjang 2018 sehingga 31 Mei 2019. Berdasarkan jumlah tersebut, 19 permohonan diterima tahun lalu manakala bagi tahun 2019 sebanyak 33 permohonan telah direkodkan setakat ini. “Permohonan pertukaran nama dan pembetulan maklumat dalam, kad pengenalan adalah berdasarkan Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990. “Antara alasan yang sering…










