HOUSTON, 1 Ogos – Seramai 37 orang cedera dalam kejadian kebakaran di loji ExxonMobil di Baytown, kira-kira 40 kilometer di pusat bandar Houston, Texas, Amerika Syarikat, lapor agensi berita Xinhua. Pengurus loji Jason Duncan berkata semua mangsa hanya mengalami cedera ringan dan kebakaran berpunca daripada letupan campuran hidrokarbon terdiri daripada propana dan propilena. “Kami sedang berusaha mengawal kebakaran dan menutup kawasan terbabit untuk mengasingkan sumber yang mencetuskan kebakaran,” katanya pada…










