10 remaja leka main basikal lajak ditahan polis - Utusan Malaysia

10 remaja leka main basikal lajak ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN 1 Ogos – Polis telah menahan sekumpulan 10 daripada kira-kira 50 orang remaja lelaki ketika leka bermain basikal lajak dalam keadaan berbahaya di Titi Hayun di sini, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat sekumpulan remaja bermain basikal lajak kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Orang awam itu menyatakan perbuatan kumpulan remaja tersebut yang menunggang basikal lajak membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, berikutan itu, anggota kenderaan peronda (MPV) dengan dibantu anggota trafik Ibu pejabat Polis Daerah Yan dan orang awam pergi ke tempat kejadian dan menahan seramai 10 orang remaja berusia 12 hingga 20 tahun.

“Remaja lain bertindak melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran polis,” ujarnya.

Menurut Shahnaz, mereka yang ditahan didapati datang dari kawasan Yan, Gurun, Sungai Tiang dan Merbok dekat sini.

Tambahnya, kesemua remaja dan basikal lajak itu dibawa ke IPD Yan dan waris setiap remaja terbabit dipanggil sebelum mereka dibebaskan.

“Basikal lajak disita dan hanya akan diserahkan selepas pemilik membawa bersama peralatan asal basikal yang perlu dipasang semula seperti brek depan dan belakang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini