Wanita maut kereta dipandu terbabas - Utusan Malaysia

Wanita maut kereta dipandu terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Seorang wanita maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Petaling Jaya, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi ini.

“Siasatan awal mendapati, mangsa, Ang Pei Xuan, 24, terbabas sendiri sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat dan waris mangsa juga telah dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini