Wanita maut akibat jangkitan kuman di pantai - Utusan Malaysia

Wanita maut akibat jangkitan kuman di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ELLENTON, Florida – Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia Khamis lalu akibat jangkitan bakteria memakan daging dialaminya di sebuah pantai dua minggu lalu, lapor akhbar New York Daily News.

Wanita itu yang berasal dari bandar ini, Lynn Fleming dilaporkan berjalan di pesisir Pantai Coquina bersama anaknya, Wade dan menantunya, Traci sebelum mengalami luka pada kaki.

“Ada lubang kecil yang tidak dapat dilihat kerana berada di bawah air. Ibu saya terjatuh ke dalamnya dan kemudian mendapati terdapat kesan luka sekitar 0.5 sentimeter dan bengkak pada kakinya,” jelas Wade kepada rakan sekutu tempatan rangkaian berita Fox, WTVT.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Wade, bengkak itu semakin surut dan mereka tidak begitu mengendahkan luka kecil tersebut.

Lynn berjumpa doktor dua hari kemudian dan telah diberikan suntikan tetanus dan diberikan preskripsi antibiotik.

Keesokannya, Lynn ditemui tidak sedarkan diri di dalam rumahnya dan sekumpulan doktor di hospital mengesahkan dia dijangkiti necrotizing fasciitis atau lebih dikenali sebagai bakteria memakan daging.

Lynn meninggal dunia Khamis lalu selepas mengalami dua serangan strok dan sepsis, atau kuman di dalam darah, ketika menjalani beberapa pembedahan bagi menyelamatkan kakinya, lapor WTVT.

Anak lelakinya masih tidak dapat menerima hakikat ibunya meninggal dunia secara tiba-tiba.

“Sukar untuk saya mempercayainya, bahawa semua ini memang berlaku. Semuanya berlaku dengan terlalu pantas,” kata Wade.

Satu daripada tiga individu yang dijangkiti bakteria tersebut menemui ajal akibat jangkitan kuman, mengikut perangkaan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini