Unisza, Durham University tandatangan MoU pertingkat kerjasama - Utusan Malaysia

Unisza, Durham University tandatangan MoU pertingkat kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Durham University telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meningkatkan jaringan kerjasama dalam aspek pendidikan.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memaklumkan yang kerjasama itu merangkumi pertukaran maklumat, perkongsian pengalaman, penganjuran persidangan, kolokium, simposium dan pertukaran ahli akademik serta pelajar bagi tujuan penyelidikan.

Katanya, MoU tersebut amat penting memandangkan Durham University memiliki kepakaran dalam bidang kajian manuskrip dan pendigitalan selain memiliki koleksi simpanan manuskrip lama berkaitan tamadun Melayu yang besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam majlis yang berlangsung di Palace Green Library, Durham University juga turut diadakan penyerahan manuskrip digital Malcolm MacDonald kepada Unisza. Pembelian manuskrip ini amat signifikan dalam usaha Unisza menubuhkan Pusat Kajian Manuskrip secara dalam talian dan menjadi gedung rujukan kajian manuskrip Islam terbesar di Asia Tenggara.

“Unisza berhasrat menjaga dan mengkaji lebih 30,000 muka surat manuskrip-manuskrip lama berkaitan tamadun Melayu dengan cara mendigitalkannya sebelum disimpan di Perpustakaan UnisZa,” katanya.

Yang turut hadir dalam majlis MoU tersebut ialah Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik; Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Naib Canselor Unisza, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini