unifi perkenal aplikasi myunifi - Utusan Malaysia

unifi perkenal aplikasi myunifi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – unifi, jenama konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM), memperkenalkan aplikasi myunifi

yang memberi akses kepada himpunan lengkap produk unifi dan khidmat sokongannya, menggabungkan unifi Home, Mobile pascabayar, jalur lebar wayar, jalur lebar dan perkhidmatan suara, kesemuanya dalam satu aplikasi bagi pelanggan kediaman dan perniagaan.

Pemangku Naib Presiden Eksekutif unifi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, aplikasi tersebut kini boleh dimuat turun dan ia membenarkan pelanggan untuk melanggan perkhidmatan unifi, menguruskan lebih daripada satu akaun unifi mereka, mendapatkan khidmat bantuan menerusi panduan kenal pasti masalah layan diri dan berbual secara langsung dengan pegawai perkhidmatan pelanggan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pelanggan juga boleh mendapatkan makluman terkini, membeli pas hotspot, menambah nilai data unifi Mobile, suara dan kuota khidmat pesanan ringkas (SMS) serta membayar bil dengan lebih mudah.

“Pengenalan aplikasi myunifi ini merupakan satu lagi bukti komitmen berterusan kami untuk membawakan #khabarbaik dengan sentiasa mengutamakan pelanggan.

“Malah, ini adalah aplikasi digital pertama negara dalam industri komunikasi yang menawarkan perkhidmatan bersepadu buat pelanggan kediaman dan perniagaan dalam perjalanan yang bersepadu menerusi log masuk tunggal yang selamat, justeru menawarkan lebih keselesaan dengan memudahkan pelanggan untuk menguruskan akaun mereka dengan satu aplikasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aplikasi myunifi ini kini boleh dimuat turun secara percuma di Google PlayStore dan Apple AppStore. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini