UMNO, Pas perlu bincang agihan kerusi lebih awal - Utusan Malaysia

UMNO, Pas perlu bincang agihan kerusi lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Pimpinan UMNO dan Pas perlu melaksanakan perbincangan agihan kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lebih awal bagi mengelakkan sebarang isu termasuk pertikaian antara parti pada saat akhir.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berpandangan bahawa, perkara tersebut bagi memperlihatkan kesungguhan kedua-dua parti khususnya dalam usaha penyatuan kerjasama berkenaan.

Katanya, usaha tersebut perlu bagi memastikan setiap perancangan parti berdepan pilihan raya dapat diberi tumpuan dan fokus secara menyeluruh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada pandangan saya, perkara seperti ini perlu diselesaikan lebih awal dan membuat rundangan secara tertutup supaya nampak kesungguhan kerjasama kedua-dua parti.

“Selain itu, perbincangan ini perlu untuk mengelakkan sebarang pertikaian di saat akhir selain dapat memberi tumpuan terhadap kerja buat yang lebih berfokus melibatkan kedua-dua pihak,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyifatkan masih terlalu awal dan tidak seharusnya menjadi isu untuk membincangkan soal pembahagian kerusi di antara UMNO dan Pas.

Sementara itu, berbeza pula Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berpendapat bahawa pimpinan parti perlu meletakkan usaha penyatuan ummah dan persamaan antara dua parti antara yang perlu diperjuangkan.

Ini kerana menurut beliau, perkara tersebut penting bagi memastikan setiap usaha penyatuan akan diterima bukan sahaja diperingkat pemimpin parti, malah semua ahlinya.

“Hal ini kerana, semasa PRU-15 kelak akan ada asas satu undi daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas seolah-olah satu undi penyatuan tanpa wujud protes dan bantahan dalama kalangan pengundi,” jelasnya.

Turut senada ialah Penganalisis Sosiopolitik, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi memberitahu, isu pengagihan kerusi perlu diletakkan sebagai faktor kedua penting selain diserahkan kepada pemimpin tertinggi untuk memuktamadkannya.

“UMNO dan Pas kini menuju fasa pertama iaitu menguatkan hubungan sesama mereka khususnya di peringkat akar umbi dan sebagai parti konservatif Melayu, perjuangan berasaskan agama Islam dan etnik Melayu Bumiputera dilihat merupakan fokus utama.

“Oleh itu, isu pengagihan kerusi perlu dijadikan asas kedua dan diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan kelak yang mana ianya perlu dihormat sesuai dengan konsep walak,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini