Tujuh wilayah terjejas gangguan air pulih 67 peratus - Utusan Malaysia

Tujuh wilayah terjejas gangguan air pulih 67 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Status pemulihan akibat gangguan bekalan air di tujuh wilayah yang terjejas telah mencapai tahap 67 peratus, manakala di Wilayah Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya sehingga pukul 3 petang hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Suhaimi Kamaralzaman berkata, pihaknya menggerakkan sebanyak 75 buah lori tangki air dan mengaktifkan 16 Pusat Khidmat Setempat serta 17 lokasi pili awam bagi menyalurkan bantuan air kecemasan kepada pelanggan yang terjejas.

“Kami sedang meneruskan usaha menstabilkan aliran dan tekanan di sistem agihan dan mempercepatkan proses pemulihan bekalan air keseluruhan kawasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh pemulihan ini amatlah dihargai. Pelanggan di kawasan yang telah pulih dan mendapat bekalan diminta untuk menggunakan air dengan berhemat dan elakkan pembaziran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pelanggan diminta merujuk lampiran untuk senarai pemulihan terperinci mengikut kawasan bagi setiap wilayah yang boleh didapati di laman web www.syabas.com.my, Apllikasi Air Selangor, Facebook Air Selangor dan Twitter @airselangor.

Mengulas lanjut Suhaimi berkata, masalah pencemaran bau di ke empat-empat muka sauk air mentah di Sungai Selangor menjadi punca henti tugas empat Loji Rawatan Air yang menyebabkan gangguan bekalan air.

“Hasil dari siasatan Unit Kualiti Air Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Daerah Hulu Selangor, kawasan pencemaran telah dikenalpasti di kawasan Sungai Liam, Batang Kali, Hulu Selangor,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini