Tolong cari adik Umma Habibah - Utusan Malaysia

Tolong cari adik Umma Habibah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai- Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang sejak kelmarin di Pontian, Johor.

UMMA HABIBAH AMANULLAH

PDRM dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook berkata, kehilangan kanak-kanak tersebut, Umma Habibah Amanullah telah dilaporkan pada 7 Julai lalu serta kali terakhir dilihat di Kampung Mesjid Pekan Nenas di Pontian, Johor.

“Umma Habibah berketinggian 145 sentimeter, berambut lurus paras bahu, berkulit putih serta kening tebal. Kali terakhir dilihat memakai baju dan seluar hitam.

“Sesiapa yang terlihat kanak-kanak ini boleh menghubungi SM Robi Ibrahim di talian 012-6390403 atau Ibu pejabat Polis Daerah Pontian (07-6871222),” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×