Tiga terkorban ribut di Itali - Utusan Malaysia

Tiga terkorban ribut di Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM 29 Julai – Ribut dan banjir kilat yang berlaku di Itali setakat ini sudah meragut tiga nyawa termasuk seorang wanita yang terperangkap dalam kejadian puting beliung berhampiran lapangan terbang Fiumicino.

Menurut pihak berkuasa, wanita berusia 26 tahun itu dilaporkan sedang memandu ke rumahnya apabila puting beliung kecil tiba-tiba muncul dan keretanya ‘terangkat’ sebelum terhempas ke tanah.

Puting beliung itu juga meyebabkan banyak pokok tercabut dan serpihan bertaburan atas jalan. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini