SUKAR DAPAT ANAK Tuanku dengan anak-anak macam mana, tegas juga?

Walaupun saya beri apa yang mereka mahu, tapi mereka tahu saya sangat tegas dalam pelajaran kerana tanpa pelajaran anda bukan sesiapa dan tidak ke mana. Keadaan sekarang ini kita tak tahu sampai bila. Kita tak tahu apa akan jadi. Kaya mana pun kalau tak ada pelajaran, duit habis begitu sahaja. Tapi jika ada pelajaran sekurang-kurangnya boleh cari kerja.
Boleh Tuanku ceritakan mengenai Yayasan Fertiliti Tuanku Azizah?
Semua tahu bagaimana susahnya saya nak dapat anak. Empat anak saya hasil rawatan IVF. Idea mewujudkan yayasan ini, saya dapat ketika mahu lancar buku masakan. Pada masa itu saya ditanya ke mana mahu salurkan hasil jualan meja-meja. Masa itulah tercetus idea nak buat yayasan menolong mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mampu nak bayar kos rawatan fertiliti antara RM20,000 dan RM30,000. Apa yang Allah kurniakan, saya nak beri balik untuk menolong. Alhamdulillah saya ada 115 cucu. Insya-Allah bulan depan sempena Hari Keputeraan Tuanku yang ke-60, saya niat nak hantar 60 orang buat rawatan.
Berapa ramai yang telah dapat faedah menerusi yayasan itu?
Hampir 500-600 pasangan through out the years. Duit hasil penjualan buku dan majlis makan malam, 100 peratus disalurkan kepada yayasan. Saya bantu tidak kira bangsa, agama tetapi mesti berkahwin dan gaji RM5,000 ke bawah, combine income.
Saya selalu tumpu kepada golongan 35 hingga 43 tahun kerana mereka sudah berumur give them hope and chance, yang muda-muda saya kata tunggu sekejap. Dalam hal ini, ia bukan masalah isteri sahaja, 50 peratus masalah suami, jadi jangan salahkan orang perempuan sahaja. You men have problem as well. Kita beri mereka harapan kerana saya tahu apa rasanya seorang perempuan berkahwin dan tak boleh dapat anak, semua orang akan tanya apatah lagi saya kahwin dengan Tengku Mahkota yang patut melahirkan waris ganti.
It was a pressure on me, saya faham. Saya tahu perasaan apabila setiap kali mengalami keguguran, rasa sedih, patah hati, menangis. Sudahlah nak dapat anak susah. Setiap kali saya mendapatkan rawatan tidak semestinya setiap rawatan itu berjaya. Sebanyak 17 kali saya buat rawatan baru dapat Hassanal. Dalam 17 kali saya nak dapatkan Hasanal, tengah buat rawatan, doktor cakap I’m sorry I think I have to abandon. It’s not working. Dalam tempoh rawatan dua minggu, kita sudah tahu mengandung atau tidak. Hati berdebar-debar, alih-alih dapat keputusan tak mengandung. Menangis lagi, patah hati. Ayahanda dan bonda saya, merekalah yang rasa lebih bila dia tengok saya.
Saya masih ingat ketika melahirkan anak kembar sudah tiga kali. Ayahanda cakap pada saya, Azizah cukuplah, abah dah tak sanggup tengok Azizah derita lagi. Ayahanda tahu setiap kali rawatan, apa yang perlu saya lalui. Saya kena pergi Singapura ulang alik, kena baring enam bulan.
Ayahanda cakap, Azizah, Allah sudah kurniakan empat anak cukuplah, tapi tahun depan itu mengandung pula. Saya tak tahu mana pula datangnya. Saya kata tak tahulah abah, rezeki. Ayahanda cakap itulah orang sabar, god has tested you in many ways. Among all of my children, you are the strongest. You are very strong, I pray for you.
Apa yang beri kekuatan kepada Tuanku berusaha untuk dapatkan anak?
Nenda saya Sultanah Aminah, 12 tahun kahwin baru dapat anak. Saya tengok dia sebagai something yang I look up. Nenda enam kali gugur, lahirkan anak umur setahun meninggal. Ayahanda saya itu anak yang ke-4. 12 tahun baru hidup. Saya lihat diri sebagai tok saya sendiri kerana saya enam kali gugur dan melahirkan enam orang anak. Kalau tak saya ada 12 anak juga. Tok saya kalau tak, ada 13 anak. Apabila saya melalui semua ini, saya fikirkan tok saya. Dia kahwin tahun 1920, masa tu umurnya 14 tahun, hanya pada tahun 1932 baru ada seorang anak hidup. Punya susah hendak dapat anak. Saya selalu fikir jika nenda boleh lakukan, saya juga boleh. Ayahanda selalu cakap Azizah macam tok.
Apabila saya melawat Yayasan Fertiliti, saya turut menangis kerana tahu perasaan mereka. Ada satu pasangan, sudah 22 tahun kahwin, umurnya 44, dia pun tak sangka dapat anak kembar.
Saya peluk dia menangis. Saya kata saya sembilan tahun lebih kahwin pun macam hendak putus asa, 17 kali buat rawatan. Setiap kali saya mengandung, saya kena baring enam bulan tak turun daripada katil. Doktor buat pelbagai suntikan kiri kanan. Ayahanda saya pun susah hati kerana anakandanya kahwin dengan anak Sultan Pahang, patut beri anak, tapi tak keluar-keluar anak. Hanya orang yang melalui tahu apa perasaannya.
Sebab itu bila saya dengar orang susah (nak dapat anak) saya mesti cakap pergilah buat rawatan, jangan putus asa. Itu semua kuasa Allah. Kita boleh cuba macam mana pun tetapi saya selalu beritahu mereka, Allah ada, doa solat hajat, baca surah Maryam. Ada ayat-ayat dalam al-Quran yang boleh menolong kita dapat zuriat. Sebanyak mana pun kita buat rawatan tapi yang menentukannya hanya Allah. Saya bersyukur tak sangka lepas dapat seorang anak, saya boleh dapat empat lagi anak. Tak terlintas dalam kepala.
Apa yang mendorong Tuanku untuk hamil lagi walaupun prosesnya susah?
Semasa saya lahirkan Hassanal, saya kata Alhamdulilah, tapi takkan seorang sahaja, jadi saya pergi jumpa doktor. Mula dia periksa dan tanya Tuanku hendak cuba lagi? Dia kata, saya rasa Tuanku dah tak boleh dapat anak. Umur saya 36 tahun diberitahu saya mungkin tak ada harapan dapat anak lagi. Saya terus balik ke Singapura, saya doa dan buat rawatan, saya dapat Tengku Muhammad itu kembar tapi gugur satu. Selepas itu sudah dapat dua, Tuanku tanya nak cuba lagi lepas ini? Masa itu (rawatan) hanya di Singapura sahaja di Malaysia tidak ada.
Pada mulanya tak nak cuba dah, tapi saya kata ada frozen embryo lagi lima, kalau buang kira macam saya menggugurkan, saya berdosa. Letak sajalah, kalau jadi, jadilah, kalau tak jadi, tak apalah Allah sudah kurniakan dua orang anak. Kemudian bila dapat tahu kembar pula. Bila lahirkan kembar, doktor tanya masa itu dah tiga kali caesarean, doktor tanya nak ikat atau tak?
Saya cakap saya hendak mengandung kena cari doktor buat rawatan. Doktor itu usik saya kalau tahun depan mengandung jangan marah. Betul-betul apabila 1st birthday anak kembar, saya mengandung dan beritahu doktor itu, dia takut. Alhamdulillah dapat yang kecil sekali, kemudian doktor suruh ikat, masa itu saya 42 tahun. Alhamdulillah ini kurniaan tak disangka-sangka.
Pesanan Tuanku untuk rakyat?
Saya hanya minta kesejahteraan untuk Tuanku dan kebahagiaan Tuanku dengan saya. Dapat menyempurnakan tugas-tugas berbakti. Itu tanggungjawab cukup besar bagi Tuanku. Saya hanya sebagai seorang isteri yang menolong dari belakang.
TENUN DIRAJA PAHANG
Tuanku rasa sudah berjaya bawa tenun Pahang ke tahap mana?
Antarabangsa. Tiada masalah. Cuma kita tidak ada kakitangan yang boleh mengeluarkannya dengan banyak. Kadang-kadang kita tahulah macam ada ibu-ibu tunggal separuh buat di rumah, separuh buat di bengkel, tapi kalau nak buat banyak, (perlu buat) di penjaralah. Di Penor, ada satu design dan kata ini kalau Chanel tengok ini habis.
Saya rasa nak pergi approach Chanel or one of the big fashion house in London. Kalau mereka hendak tempah, bukan mereka hendak untuk 1,000 atau 2,000 helai, ini eksklusif kita punya. Saya pasti akan menunjukkan tenun Pahang kepada dunia.
Ramai banduan dalam penjara buat tenun Tuanku?
Di Penjara Penor dan Bentong ada dalam 200 orang. Bukan saja menenun, ada banyak praproses yang bawah (peringkat awal). Yang mana pandai tenun, kita suruh menenun saja. Yang praproses, yang mencelup, mengikat yang design kita beri mereka buat dan dibayar gaji bukan percuma. Saya harap tidak ada orang fikir kita menggunakan buruh percuma. Kita bayar dan masukkan ke dalam akaun mereka. Keluarga mereka di luar boleh ambil duit itu.
Tuanku rasa di mana tenun Pahang, antara songket dan batik ?
Tenun ini lain. Batik boleh pakai bila-bila. Tenun Pahang pun sama boleh pakai mana-mana. Cuma mungkin agak mahal sikit. Batik ini (hanya) ambil kain putih, lukis, warnakan dan siap. Batik kalau RM150 pun saya boleh produce. Tapi batik pun kita kena tengok juga. Kalau dibuat di IKM, kita boleh lihat kecantikan, kehalusan dengan lukisan serta idea.
Saya juga pernah bawa cikgu-cikgu dan warden saya merantau seluruh Asia Tenggara dan India. Setiap hari pergi ke satu tempat tenun untuk lawatan sambil belajar. Kalau mereka tengok apa yang mereka belajar di Vietnam atau Kemboja cantik, buatlah tetapi identiti corak tradisional tetap ada. Kami tetap buat beragi, jalur, kotak dan dam.
Baju yang saya akan pakai (semasa pertabalan) adalah teknik yang belajar di Chiang Mai. Baru-baru ini pertabalan Raja Thailand, puteri, permaisuri pakai semua itu, mereka belajar di Lamphun. Mereka memang hanya buat untuk keluarga diraja. Baju saya, mereka apply pada corak tersebut. Tapi kerana benang kita lain, benang siam berkilat, keras sikit.
Setelah tiga jam lebih, Al Sultan Abdullah tiba-tiba masuk ke dalam bilik tempat sesi wawancara berlangsung. Tuanku Azizah Aminah Maimunah berkata: “Mereka ini tanya Jiji, Alam ni macam mana, saya cakaplah Alam ni garang! Ini semua orang Utusan.
MEDIA SOSIAL
Tuanku dilihat dekat dengan penggunaan media sosial?
Saya pengguna Twitter. Saya suka baca tentang hadis-hadis, agama. Saya tak masuk bab politik. Kadang-kadang saya suka ikut apa orang ini komen, orang itu komen, suka juga baca tapi saya tidak komen.
Instagram hanya untuk keluarga. Facebook pula jarang sebab panjang-panjang hendak tulis.
Siapa yang ajar Tuanku guna media sosial?
Anak-anaklah yang ajar. Mak mana tahu. Tapi saya memang suka gajet dari kecil saya suka radio ke apa, saya suka godek.
Bagaimana pula Tuanku Al-Sultan?
Tuanku pula suka tengok TV. Kalau Tuanku beli televisyen atau radio, saya diam, saya tak nak belajar. Pasal apa kalau rosak Tuanku suruh saya. Saya jenis suka (buat kerja) satu-satu, tapi Tuanku bila buat kejap, tak boleh sabar. Mungkin itu didikan saya terima dari Johor.
Ada antara anak saya yang tak ada sabar sama macam ayahnya, ada yang sabar macam saya. Separuh ikut ayah, separuh ikut emak.
Berapa banyak Tuanku ada group WhatsApp?
Saya ada WhatsApp tapi group tak berapa banyak. Mungkin yang ada pun dengan anak-anak, satu lagi adik beradik, ipar duai. Tak banyak group sebab saya tak suka, pening. Saya ada juga group ayahanda saya ada darah Danish-Denmark. Sultan Abu Bakar kahwin dengan Cecilia Lange dan dia masuk Islam jadi Che Puan Besar Zubaidah, anak dia Sultan Ibrahim. Cecilia ada adik seorang lagi, Emil Andreas yang kerja dengan Raja Brooke sebagai private secretary.
Saya keep in touch with other side. Besarlah group itu, ada kahwin Melayu, India, Cina, Punjabi, orang putih, satu dunia. Tuanku selalu kata awak punya keluarga macam United Nations. Bila saya buat gathering, Tuanku tanya ini semua saudara?
Ya, saya kata ini semua saudara saya belah Che Puan Besar Zubaidah. Saya selalu jumpa juga, kadang-kadang di Singapura, Denmark dan London.

HOBI MEMASAK
Siapa beri dorongan Tuanku masak?
Bonda saya. Walaupun saya ada dua ibu. Saya tak kata ibu tiri atau ibu kandung. Bagi saya, dua-dua ibu saya kerana seorang melahirkan dan seorang lagi membesarkan saya. Mummy dan abah bercerai masa umur saya setahun. Saya dibesarkan oleh bonda Tuanku Zanariah. Saya cukup rapat dengan baginda. Saya panggil mummy dan bonda.
Mummy memang pandai masak, menjahit dan melukis, mungkin DNA itu turun kepada saya. Tapi bonda yang mengasuh groom it. Saya cukup rapat dengan bonda. Dan bonda pandai masak juga. Bonda selalu bawa saya ke dapur masa umur saya setahun. Dia cakap Azizah suatu hari, akan jadi tukang masak. You gonna be a cook, a great chef.
Apa masakan pertama Tuanku?
Saya masak kek buah. Kadang-kadang kena buat ikan masak kicap tapi tukang masak di istana tak beri. Bila masuk nak tolong, mereka beri petik tauge, kopek bawang, kopek kentang. Eh, kupas. Kalau di Pahang kopek benda lain (ketawa). I learn my lesson.
Bila saya pergi sana dan kata kopek, mereka tengok muka saya dan saya kata okey kupas (ketawa). Saya ingat masa mula-mula kahwin, saya beli mentega saya kata simpan mentega dalam tong air batu. Bila saya buka fridge, saya tanya mana mentega saya, rupanya mereka simpan dalam tong air batu. Baru saya faham orang Pahang panggil peti ais. Mana saya tahu, saya orang Johor. Banyak saya belajar.
Ayahanda saya pun tegas dari segi makan dan suka menjamu. Ayahanda selalu pesan pastikan pemandu dan bodyguard dapat makan juga, jangan awak sahaja kenyang di dalam, orang luar termenung.
Ayahanda cakap pada saya: “Azizah, pergi belajar masak. Kalau tak belajar masak, esok macam mana nak cakap pada tukang masak itu, awak tumis tak betul, tumis kari tak betul, goreng ikan tak betul. You have to know, pergilah belajar.”
Dua tahun belajar di maktab perguruan iaitu satu tahun ketika tunggu keputusan SPM dan satu tahun lagi duduk dengan guru-guru yang datang balik buat specialized. Mereka mengajar di sekolah masak. Lepas itu lagi sekali, masa nak jadi guru sains rumah tangga, tapi saya ambil bahagian masak, tak ambil menjahit. Masa itu saya menyesal, kalau tak saya dah belajar menjahit, tetapi sekarang saya suka menjahit.
Dari Johor, kalau dari segi karakter, mungkin daripada ayahanda saya. Jenis tak makan saman, tapi Tuanku banyak ajar saya. Apa yang saya bawa dari Johor adalah dari segi makanan. Tuanku memang cukup cerewet tentang hidangan. Tuanku hendak lauk apa yang dia suka. Simple pun tak mengapa. Tuanku suka menjamu juga, seperti ayah saya. Kadang-kadang Tuanku balik Pahang, cuit-cuit kata rindu masakan tukang masak istana.
Apa menu Tuanku selalu masak?
Tuanku suka lauk orang putih. Kalau di Kuantan saya memang selalu masak hanya masakan orang putih, walaupun saya tahu masak lauk Melayu. Tukang masak saya tahu cara memasak lauk-lauk Melayu, tetapi kalau saya melawat anak-anak saya di London, saya jadi tukang masaklah.
Di Istana Negara, saya turun masak, hendak tunjuk kepada tukang masak cara masak kari Tuanku, cara masak asam pedas Tuanku, macam mana, masak taucu, masak kicap, rendang, ikut selera Tuanku.
Tuanku makan budu?
Santap. Tempoyak pun santap. Budu, baru ini belajar (makan). Tapi saya budu, tempoyak, cencaluk saya makan. Saya lebih kepada masakan Melayu. Tuanku kadang-kadang suka western food, lauk Melayu Tuanku suka lauk bersantan.
Saya lebih kepada masak kicap, masak pedas, masak air, tapi kalau petai, ikan masin, sambal, saya hidup, saya dah tak perlu lain.
Kegemaran saya, nasi padang bungkus. Saya selalu beli di kedai Capital Nasi Padang depan Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Saya suka dia bungkus terus dengan lauk, biar kembang-kembang. Kadang-kadang bila saya bawa balik, saya makan dengan Tuanku masa itu memang saya pakai tangan. “I want to eat, I don’t care. No diet today.”
Selalunya anakanda Tuanku minta masak apa?
Kadang-kadang hendak lauk orang putih juga. Makaroni, makaroni goreng, roast lamb, roast chicken, atau pun nak nasi ayam, nasi tomato, kari telur, asam pedas, gulai tempoyak, dengan sayur.
Tuanku pergi beli barang basah sendiri?
Mestilah, kalau tak macam mana orang nak tahu apa yang saya hendak masak.
Walaupun di Istana Negara itu, mereka kata “Titah sahajalah.” Saya kata mana mereka tahu apa saya mahu. Contoh barbeku, mana mereka tahu bahan-bahan apa saya perlu.
Di sini saya ke pasar seperti di Bangsar. Saya suka pergi supermarket. Kadang-kadang tak sempat, ada maid bantu. Saya suka, bila pergi beli troli makin banyak.











