Suami isteri warga Thailand dipenjara, denda seludup kepala babi hutan - Utusan Malaysia

Suami isteri warga Thailand dipenjara, denda seludup kepala babi hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Sepasang suami isteri warga Thailand masing-masing dihukum penjara tiga bulan dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup tiga kepala babi pada minggu lalu.

Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman itu selepas Charnchai Sitthiphan, 62, dan isterinya, Phitsinee Sitthiphan, 60, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Murtazadi turut memerintahkan mereka dipenjara tiga bulan lagi sekiranya gagal membayar jumlah denda dikenakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasangan suami isteri terbabit tidak membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Charnchai dan Phitsinee didakwa secara bersama mengeksport tiga kepala babi hutan atau nama saintifiknya sus scrofa menggunakan kereta jenis Toyota Yaris tanpa lesen.

Perbuatan itu dilakukan mereka di laluan eksport Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra, Durian Burung, Kuala Nerang dalam daerah Padang Terap dekat sini kira-kira pukul 3 petang, 23 Julai lalu.

Babi hutan merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 65 akta sama yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 dan penjara sehingga setahun.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Mohamad Refaee Abdul Hamid manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini