Status penghuni Afrika diragui - Utusan Malaysia

Status penghuni Afrika diragui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Kebanjiran warga Afrika di kawasan perumahan Pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya dekat sini bukan sahaja menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk tempatan, malah status permit kedatangan ‘awang hitam’ itu turut diragui.

Ini kerana, berdasarkan pemerhatian penduduk, hampir setiap hari rutin warga Afrika seakan-akan tidak jelas.

Menurut seorang penduduk, Hafizul Abdullah, 45, hampir kesemua mereka hanya menghabiskan masa dengan melepak dan keluar masuk rumah tanpa ada waktu khusus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan pemerhatian kami, hampir sepanjang masa sesetengah daripada mereka sentiasa ada di rumah dan rutin mereka pada siang dan malam adalah sama iaitu melepak serta turun dan naik lif.

“Jadi kami sebagai penduduk meragui status kedatang mereka. Apakah pekerjaan atau aktiviti mereka kerana sekiranya mereka datang atas permit sebagai pelajar, tidak pula kami melihat mereka pergi kelas atau sama juga yang bekerja,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Semalam, 10 lelaki warga Afrika ditahan kerana bertindak menyerang seorang pegawai dan tiga anggota polis dalam kejadian di pangsapuri tersebut.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Zamir Akmal Zambri, 25, memberitahu, kebanjiran kumpulan terbabit bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk tempatan, malah menimbulkan rasa tidak selesa khususnya penghuni wanita.

“Sebelum ini pernah ada kes wanita dicabul warga Afrika ketika pulang bekerja dan kejadian itu menjadikan penduduk merasakan tidak selamat dan takut.

“Lebih-lebih lagi sekitar pukul 8 hingga 10 malam, kawasan perumahan ini akan dibanjiri mereka yang melepak dan minum arak secara terbuka yang sememangnya menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini