SHAH ALAM – Selepas sembilan perlawanan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 mengekalkan rekod tanpa kalah untuk terus mengekori pendahulu Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B dalam saingan Liga Perdana Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia 100PLUS Bawah 14 (B-14). Enam kemenangan dan tiga seri yang diraih membuktikan kemampuan pasukan ini mempunyai sistem pengurusan yang mantap sekaligus dilandasan terbaik untuk memburu kejuaraan liga. “Pemain tampak keletihan dan lesu kerana tidak mendapat…










