SINGAPURA 28 Julai – Adik lelaki Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada parti pembangkang, Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang baharu ditubuhkan, Mac lalu, dalam pertelingkahan terbaharu keluarga pertama Singapura itu.
“Saya dengan sepenuh hati menyokong prinsip dan nilai-nilai PSP.
“Parti Tindakan Rakyat (PAP) hari ini bukan lagi seperti yang ditubuhkan oleh ayah saya, ia telah terpesong arah,” katanya dalam catatan Facebook miliknya hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pun begitu, Hsien Yang tidak menjelaskan sama ada beliau akan menyertai parti itu atau sebaliknya. -AFP











