Sambut baik gesaan Dr. Mahathir hentikan krisis etnik Rohingya - Utusan Malaysia

Sambut baik gesaan Dr. Mahathir hentikan krisis etnik Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Bekas Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Syed Albar menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan hak kerakyatan Etnik Rohingya di Myanmar semasa lawatan empat hari beliau ke Turki, baru-baru ini.

Beliau berkata, kenyataan seorang pemimpin ASEAN itu perlu disokong sepenuhnya supaya isu kemanusiaan tersebut dapat diselesaikan dengan adil.

“Kita sangat mengalu-alukan kenyataan Tun Dr. Mahathir yang menggesa supaya seramai 1.2 juta pelarian Rohingya diberikan hak kerakyatan penuh di Myanmar atau diberikan wilayah sendiri untuk membentuk negeri mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seruan daripada seorang pemimpin ASEAN itu perlu disokong sepenuhnya untuk menyelesaikan krisis yang berlarutan itu dengan penuh kemanusiaan dan keadilan,” katanya menerusi akaun Twitter di sini hari ini.

Kenyataan Dr. Mahathir itu berdasarkan temuramah dengan agensi berita Anadolu di Ankara, Turki yang turut menegaskan, meskipun Malaysia secara amnya tidak mahu campur tangan dengan masalah dalaman negara lain, tetapi ia terpaksa berbuat demikian disebabkan pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik yang berlaku di Myanmar.

“Myanmar, pada masa dulu terbentuk daripada banyak negeri. Bagaimanapun, British memutuskan untuk memerintah Myanmar sebagai sebuah negara dan disebabkan itu, banyak etnik dimasukkan di dalam negara Burma.

“Dan sudah tentu ketika ini, mereka seharusnya dilayan sebagai warganegara atau dipulangkan wilayah mereka untuk membolehkan mereka membentuk negeri,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini