Pratempahan Arteon serba baharu dibuka - Utusan Malaysia

Pratempahan Arteon serba baharu dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) membuka pratempahan untuk ­Volkswagen Arteon serba baharu yang dijangka berharga antara RM290,000 dan RM310,000 sebuah.

VPCM dalam kenyataannya berkata, Arteon R-Line yang diimport sepenuhnya itu akan dilancarkan dalam tempoh ­beberapa bulan lagi.

Arteon R-Line menampilkan rekaan mengagumkan apabila dilihat dari pelbagai sudut. Jentera itu merupakan model utama Volkswagen dan menawarkan reka bentuk avant-garde bersama pengendalian dinamik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namanya menjadi refleksi sebenar penampilannya, Art menerangkan tentang garis-garis badan sebuah fastback yang harmoni dan beremosi manakala eon pula menyerlahkannya sebagai sebuah model premium Volkswagen.

Arteon telah dipilih sebagai pemenang 2017 Golden ­Steering Wheel iaitu antara anugerah automotif paling berprestij di Eropah.

Ia dikuasakan oleh enjin turbo 2.0L TSI yang dipadankan bersama kotak gear basah direct shift gearbox (DSG) tujuh kelajuan dan mampu menjana kuasa sehingga 280PS.

Daya kilas 350 Nm boleh dicapai antara 5,100 hingga 6,500 rpm dan disalurkan ke roda menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION.

Sistem multimedia Arteon dilengkapi Paparan Maklumat Aktif dengan paparan transistor warna filem nipis (TFT) yang membolehkan tetapan baharu untuk ubah suai dan paparan peta sepenuhnya dibuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini