Perolehan SL1M tidak ikut prosedur - Utusan Malaysia

Perolehan SL1M tidak ikut prosedur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Jabatan Audit Negara mengenal pasti 56 perolehan bagi pelaksanaan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) tidak mematuhi prosedur ditetapkan kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 mendedahkan, 25 atau 44.7 peratus daripada perolehan bekalan atau perkhidmatan tidak dibuat secara sebut harga seperti disyaratkan dalam peraturan perolehan kerajaan.

Lapornya lagi, setiap satu perolehan berkenaan melebihi RM100,000 dengan nilai keseluruhan perolehan terlibat adalah RM5.54 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Manakala, 12 atau 21.4 peratus perolehan yang setiap satunya bernilai melebihi RM500,000 tidak dibuat secara tender terbuka seperti disyaratkan dalam peraturan perolehan kerajaan. Nilai keseluruhan perolehan terlibat ialah RM11.31 juta.

“Akhir sekali, 19 atau 33.9 peratus perolehan perkhidmatan penyiaran pengiklanan melalui media cetak dan media elektronik yang bernilai RM10.40 juta tidak diperakukan kepada pihak berkuasa melulus dengan sewajarnya,” katanya laporan itu hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini