Pengkritik Putin dimasukkan ke hospital - Utusan Malaysia

Pengkritik Putin dimasukkan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 29 Julai – Pemimpin pembangkang Rusia, Alexei Navalny dibawa dari penjara ke hospital selepas mengalami alergi kemungkinan terdedah kepada ‘bahan kimia tidak diketahui’, jelas doktor.

Navalny sedang menjalani hukuman penjara 30 hari kerana memanggil demontrasi besar-besaran selepas pihak berkuasa menahan calon pembangkang terkenal daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya bandar Moscow.

Jurucakapnya, Kira Yarmysh berkata, Navalny sedang menerima rawatan bagi ‘reaksi alergi serius’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pakar perubatan peribadinya, Anastassia Vassilieva memberitahu, selepas melawat Navalny mereka tidak boleh menolak kulitnya terdedah kepada toksin dan terjejas disebabkan bahan kimia tak dikenali daripada pihak ketiga.

Malah katanya, Navalny juga tidak pernah mempunyai sebarang alergi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini