KUALA LUMPUR 18 Julai – Para pemilik motosikal Yamaha berpeluang mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records untuk perhimpunan motosikal terbesar jenama itu.
Program tersebut bakal diadakan sempena Karnival Gen Blu Yamaha di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor dari 9 pagi hingga 12.30 tengah hari, 4 Ogos nanti.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://alt.com.my/yamaha/mbor.html. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











