Pelan luar jangka diperlukan untuk kesinambungan perniagaan - Utusan Malaysia

Pelan luar jangka diperlukan untuk kesinambungan perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Setiap perniagaan perlu mempunyai pelan luar jangka untuk memastikan kesinambungan mereka dan dapat bertahan ketika dalam tempoh krisis, kata Presiden Dewan Perdagangan ASEAN, Datuk Moehamad Izat Emir.

Presiden Dewan Perdagangan ASEAN, Datuk Moehamad Izat Emir.

Beliau berkata, penting bagi mereka untuk bersedia menghadapi sebarang gangguan yang tidak dijangka berikutan perniagaan berdepan dengan persekitaran yang mencabar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tanpa pengurusan kesinambungan perniagaan dan daya tahan organisasi, syarikat dan perniagaan tidak akan dapat bertahan apabila menghadapi masalah dan gangguan dalam perniagaan,” katanya dalam ucaptama semasa pelancaran Pameran dan Persidangan Antarabangsa GRCCS-BCI di sini hari ini.

Katanya, agensi kerajaan dan perniagaan perlu memastikan pengurusan kesinambungan perniagaan diterima bagi syarikat dan perkhidmatan awam dapat memberi tindak balas dan menyesuaikannya apabila berdepan dengan gangguan perniagaan, kecemasan, masalah dan krisis.

“Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengeluarkan dokumen bertajuk ‘Prinsip Panduan mengenai Kesinambungan Perniagaan’ untuk entiti pasaran modal sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan daya tahan sistem pasaran modal.

“Ia sebagai panduan mengenai jangkaan SC terhadap kesinambungan perniagaan dan platform untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mempunyai susunan kesinambungan perniagaan yang berkesan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini